LELAKI DIPENJARA ENAM BULAN, DENDA RM12,000 HINA AGAMA ISLAM
Seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di Facebook miliknya empat hari lepas.
KUALA LUMPUR: Seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di Facebook miliknya empat hari lepas.
Hakim Suzana Hussin juga memerintahkan Chiok Wai Long, 35, dipenjara tiga bulan jika gagal menjelaskan denda, dan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu 20 Mac lepas.
Lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Chiok Wai Loong’ pada 18 Mac lepas yang kemudiannya dilihat di Taman Sri Jati, Brickfields pada 3 pagi hari yang sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 231(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 233(3) akta sama yang memperuntukan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran, selain terdapat 24 laporan polis diterima berkaitan perbuatan tertuduh.
“Hantaran dibuat tidak sensitif terhadap agama Islam. Sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada (penduduk) pelbagai agama, rasa hormat tidak boleh sama sekali diketepikan,” katanya.
Sementara itu Chiok yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya berkata dirinya tidak berniat dan tidak mengetahui perkataan yang digunakannya boleh bermaksud menghina.
“Saya memang ‘keyboard warrior’… macam hobi, tapi saya tidak sangka ia (posting) menyentuh sensitiviti. Bukan niat saya untuk menghina,” katanya yang merayu tidak dipenjarakan.
Semalam Bernama melaporkan polis menahan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial berunsur menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di rangkaian kedai sebaneka.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests