MYSAVEFOOD PERAK: 400KG MAKANAN MINUMAN DISELAMATKAN, MENINGKAT BERBANDING TAHUN LEPAS
“Tahun lepas, kita berjaya kutip makanan dan minuman di tiga bazar Ramadan dengan anggaran sekitar 560 kg sepanjang 19 hari program dilaksanakan. Tahun ini program baru tujuh hari berlangsung, namun lebihan makanan yang telah dikutip mencecah lebih 400 kg.”
Lebih 400 kilogram lebihan makanan dan minuman berjaya diselamatkan di tiga lokasi bazar Ramadan di Perak menerusi program MySaveFood @ Ramadan 2024 yang dilaksanakan sejak 14 Mac hingga 20 Mac. –fotoBERNAMA
IPOH: Lebih 400 kilogram (kg) lebihan makanan dan minuman berjaya diselamatkan di tiga lokasi bazar Ramadan di Perak sejak 14 Mac hingga 20 Mac menerusi program MySaveFood@Ramadan 2024.
Pengerusi Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia Negeri Perak Puteri Aisyah Megat Shariffudin berkata kesemua lebihan makanan itu diperoleh melalui kutipan yang dilakukan di Bazar Ramadan Taman Cempaka, Bazar Ramadan Stadium Perak serta Bazar Ramadan Pekan Teluk Intan.
“Tahun lepas, kita berjaya kutip makanan dan minuman di tiga bazar Ramadan dengan anggaran sekitar 560 kg sepanjang 19 hari program dilaksanakan.
“Tahun ini program baru tujuh hari berlangsung, namun lebihan makanan yang telah dikutip mencecah lebih 400 kg. Kita jangkakan akan berlaku trend kenaikan lebihan (makanan dan minuman),” katanya kepada Bernama di pekarangan Bazar Ramadan Stadium Perak di sini semalam.
Puteri Aisyah berkata program MySaveFood@Ramadan 2024 dilaksanakan di sembilan bazar Ramadan di negeri ini bermula 14 hingga 30 Mac depan dengan matlamat memastikan lebihan makanan dan minuman dikutip dan seterusnya diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Beliau berkata program yang dimulakan sejak 2018 itu turut mendapat maklum balas yang positif khususnya daripada penjaja bazar.
Sementara itu di KUALA NERUS, TERENGGANU, sekumpulan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil inisiatif mengumpul makanan yang tidak habis dijual di Bazar Ramadan untuk disedekahkan melalui program MYSaveFood@Bazar Ramadan di Bazar Ramadan Gong Badak di sini.
Pengarah program Muhammad Irfan Iqbar Mohd Khalis berkata MYSaveFood@Bazar Ramadan di Bazar Gong Badak yang berlangsung selama 10 hari mulai 18 Mac lepas dilaksanakan bagi mengelak berlakunya pembaziran dan pembuangan makanan di bazar yang sering berlaku saban tahun.
Menurutnya program yang memasuki tahun kedua penganjuran itu juga dapat membantu golongan kurang berkemampuan menikmati juadah dijual di bazar Ramadan secara percuma.
“Seramai 30 sukarelawan daripada Sekretariat Belia Harmoni UniSZA menyertai program ini dengan setiap hari 10 sukarelawan akan bertugas mengumpul makanan. Selepas waktu berbuka, mereka akan berjalan ke setiap gerai untuk mengambil makanan. Ada juga peniaga yang menghantar sendiri makanan mereka ke khemah kami,” katanya ketika ditemui di bazar berkenaan.
Muhammad Irfan Iqbar berkata setiap hari pihaknya menerima lebih 100 kg makanan yang disedekahkan oleh peniaga bazar dan pada tahun lepas lebih 1,000 kg makanan berjaya dikumpul sepanjang 10 hari program berlangsung.
Makanan terbabit katanya bukan sahaja diberikan kepada pelajar UniSZA dan Universiti Malaysia Terengganu, tetapi juga diagih kepada masyarakat setempat terutama golongan B40, masjid-masjid dan pusat tahfiz berdekatan.
Sementara itu, Penasihat Program MYSaveFood@Bazar Ramadan di Bazar Gong Badak yang juga pensyarah UniSZA Farhanin Abdullah Asuhaimi berkata program itu turut melatih pelajar yang terlibat bergaul dengan masyarakat setempat dan seterusnya meningkatkan kemahiran komunikasi mereka.
“Melalui program ini sukarelawan yang juga pelajar UniSZA dapat berlatih cara untuk mendekatkan diri dengan masyarakat dan juga belajar cara pengumpulan makanan daripada peringkat peniaga sehingga ia berakhir ke peringkat penerimanya,” katanya.
Peniaga nasi berlauk dan roti John, Wan Fakhrul Syafiq Wan Demi, 30, berkata program MYSaveFood@Bazar Ramadan memudahkannya untuk menguruskan makanan yang tidak habis dijual.
Peniaga nasi ayam dan ikan bakar Zaliati Awang, 45, pula berkata dia gembira kerana dapat bersedekah pada bulan Ramadan ini melalui program itu.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata program MYSaveFood@Bazar Ramadan itu adalah dengan kerjasama Persatuan Pemuda GEMA Malaysia dan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) melibatkan 2,700 orang sukarelawan di seluruh negara yang menyasarkan golongan gelandangan, pelajar universiti atau penduduk di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan setempat.
“Kita mempunyai masalah iaitu ada ramai rakyat kita yang susah, yang tak dapat nak pergi bazar Ramadan. Apabila ada gerai yang mempunyai makanan dan minuman yang tidak terjual, jadi mereka memberi kepada pihak MySaveFood untuk ditimbang serta dinilai jumlahnya dan diedarkan kepada yang memerlukan sama ada gelandangan, penduduk PPR dan pelajar.
“Dari segi modus operandi, sukarelawan kita akan mengumpul makanan dan minuman yang tidak terjual itu lima atau 10 minit sebelum waktu berbuka puasa untuk diagihkan. Ada juga peniaga yang hantar sendiri makanan itu kepada kami (sukarelawan) kerana mereka telahpun dimaklumkan dengan lebih awal,” katanya pada program Ruang Bicara terbitan Bernama Radio di sini hari ini.
Mengulas mengenai kualiti makanan yang diagihkan, Fuziah berkata kualiti makanan akan diperiksa terlebih dahulu sebelum makanan dibungkus semula dan diletakkan label yang mempunyai kod respons pantas (QR) untuk membuat aduan sekiranya makanan yang diterima rosak.
Beliau berkata program MySaveFood@Bazar Ramadan itu bukan sahaja dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan, tetapi juga dapat mengurangkan masalah pembaziran makanan yang sering berlaku apabila tibanya Ramadan.
Menurut Fuziah, sepanjang tujuh hari program berlangsung, sebanyak 11.78 tan metrik makanan dan minuman berjaya diselamatkan daripada terbuang di 35 bazar Ramadan seluruh negara.
Fuziah turut mengalu-alukan lebih banyak sukarelawan untuk menyertai program MySaveFood ini supaya dapat diperluas dan diteruskan selepas Ramadan berakhir. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests