KIM PAN GON UMUM LETAK JAWATAN ATAS ALASAN KOMITMEN PERIBADI
PETALING JAYA: Kim Pan Gon mengumumkan peletakan jawatannya selaku ketua jurulatih skuad bola sepak lelaki kebangsaan berkuat serta-merta, atas alasan komitmen peribadi.
PETALING JAYA: Kim Pan Gon mengumumkan peletakan jawatannya selaku ketua jurulatih skuad bola sepak lelaki kebangsaan berkuat serta-merta, atas alasan komitmen peribadi.
Pada satu sidang media khas di Wisma FAM hari ini, jurulatih berusia 55 tahun berasal dari Korea Selatan itu berkata telah membuat keputusan untuk berundur awal, walaupun kontraknya bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah sehingga Disember 2025.
“Saya memohon maaf atas sebarang kekecewaan yang mungkin ditimbulkan kepada semua pihak. Sejak saya tiba pada Februari 2022, selama dua setengah tahun yang lalu, rakyat Malaysia benar-benar menghadiahkan saya satu perjalanan yang sangat luar biasa dan indah, dalam hidup saya.
“Pada Jun 2022, kita bersama-sama berkongsi kegembiraan Malaysia layak ke Piala Asia secara merit selepas tempoh 43 tahun dan sejak itu, kita telah meningkat ke tangga ke-130 dalam ranking FIFA.
“Pada aksi terakhir Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lalu, kita berjaya seri 3-3 dengan pasukan ranking ke-22 dunia, Korea Selatan, sekali gus menunjukkan satu kebanggaan yang rakyat Malaysia harus ada dalam bola sepak mereka,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata Penolong Ketua Jurulatih Pau Marti Vicente dari Sepanyol, dilantik sebagai pemangku ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, dibantu seorang lagi Penolong Ketua Jurulatih Kebangsaan E. Elavarasan.
Beliau berkata staf kejurulatihan lain iaitu Penolong Jurulatih Park Bobae, Jurulatih Penjaga Gol Cho Junho, Jurulatih Kecergasan Jihyeon Park dan Jurulatih Analisis Prestasi Lim Jaehun, akan terus kekal membantu Pau Marti, 41, dan Elavarasan berdasarkan kontrak masing-masing.
“Sudah pasti tugasan pertama Pau Marti selaku pemangku ketua jurulatih Harimau Malaya ialah untuk mengemudi pasukan bagi pertandingan Pestabola Merdeka 2024, yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada September ini dengan disertai tiga pasukan lain iaitu Tajikistan, Lebanon dan Filipina.
“Jawatankuasa Pengurusan Pasukan-pasukan Kebangsaan FAM akan terus menilai dan memantau prestasi pasukan dari semasa ke semasa di bawah kendalian Pau Marti, terutama menjelang Piala ASEAN 2024 (Piala AFF) pada November dan Disember ini, serta Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac depan,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager