PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berkenaan video tular menunjukkan seorang aktivis membuat pemakluman umum mengenai kematian lima orang remaja selepas menerima vaksinasi COVID-19 termasuk kemasukan dua remaja ke hospital di Perak selepas divaksinasi.
Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, siasatan dibuat terhadap kenyataan aktivis tersebut dan telah menemukan hasil siasatan.
“Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun merupakan pelajar tingkatan 5 di SMK Tasek Damai, yang merupakan pesakit penyakit Kencing Manis Jenis 1 yang bergantung kepada rawatan insulin. Pelajar ini dijangkiti COVID-19 dan meninggal pada 18 Ogos 2021 sebelum Program Vaksinasi PICK Remaja bermula.
“Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun merupakan pelajar tingkatan 5 di SMK Tasek Damai yang menghidap penyakit Jantung Kongenital. Pelajar tersebut telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital akibat jangkitan kuman yang teruk.
“Pelajar lelaki itu telah diberikan bantuan pernafasan dan resusitasi tetapi beliau meninggal pada 17 September lalu dan belum menerima vaksin COVID-19. Punca kematian adalah ‘Sepsis with Underlying Congenital Health Disease’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Berhubung dakwaan kematian remaja di Lahad Datu, Sabah, Noor Azmi memaklumkan tiada kematian melibatkan remaja selepas vaksinasi dilaporkan.
Sementara itu, Noor Azmi turut menjawab berkenaan dakwaan aktivis tersebut berhubung dua remaja yang dimasukkan ke hospital selepas mengalami kesan sampingan akibat vaksin (AEFI).
“Remaja berusia 16 dan 18 tahun itu mengalami kesan sampingan vaksin Comirnaty dan dimasukkan ke hospital swasta di Ipoh.
“Remaja 16 tahun telah dibenarkan keluar dari hospital manakala remaja 18 tahun masih dalam rawatan dan pemerhatian doktor pakar.
“Semakan Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagaimanapun mendapati laporan kesan sampingan kedua beradik ini masih belum diterima,” katanya.
Noor Ghazali menasihatkan semua pihak yang ingin mengeluarkan maklumat awam perlu memastikan sumber maklumat disahkan terlebih dahulu dengan sumber sahih atau pihak bertanggungjawab.
Menurutnya, kenyataan yang salah akan menyebabkan kekeliruan dan salah tanggap ibu bapa terhadap Program Vaksinasi COVID-19 untuk Remaja.
Dalam pada itu, KKM turut menasihatkan ibu bapa atau penjaga untuk memantau keadaan remaja selepas divaksinasi dan bawa anak atau tanggungan ke fasiliti kesihatan dengan segera untuk rawatan sekiranya mengalami gejala selepas divaksinasi.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager