Anggota Kumpulan Pertama MALBATT 850-11 ke Lubnan pada majlis penghantaran kumpulan tersebut di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang hari ini. –BERNAMA
PETALING JAYA: Penghantaran dan penugasan pasukan MALBATT di Lubnan untuk misi pengaman diteruskan selagi tiada keputusan rasmi daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) susulan konflik Israel-Palestin, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata misi pengaman MALBATT diteruskan seperti biasa walaupun Lubnan bersempadanan di sebelah Israel.
“Sebarang arahan pull-out akan diputuskan oleh PBB dan pasukan MALBATT 850-10 yang ketika ini di Lubnan berada dalam keadaan baik dan selamat. Penugasan MALBATT kali ini dilihat lebih mencabar ekoran konflik Israel-Gaza yang tercetus sejak 7 Okt lepas sehingga kini.
“Konflik ini dilihat semakin tegang dan meluas di antara kedua-dua belah pihak yang mengakibatkan ribuan nyawa terkorban dan kemusnahan harta benda akibat serangan roket, artileri, mortar dan pesawat udara,” katanya.
Mohamad berkata demikian dalam sidang media selepas menghantar Pasukan MALBATT 850-11 pada Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-11 ke Lubnan di Pangkalan Udara Subang, dekat sini, hari ini.
Menurutnya, konflik bergolak ini secara tidak langsung turut memberi kesan kepada situasi keselamatan di selatan Lubnan dan ia menjejaskan pengoperasian kontinjen MALBATT 850-10 serta MALBATT 850-11 jika konflik ini berpanjangan.
“Saya khuatir sekiranya konflik ini merebak sehingga melibatkan pelbagai negara di rantau tersebut keadaan keselamatan di Lubnan juga akan terkesan.
“Ini akan menyukarkan pihak UNIFIL dan MALBATT menjalankan tugas (misi pengaman di Lubnan) susulan konflik Israel-Palestin,” katanya.
Mohamad berkata walaupun Lubnan bersempadan di sebelah Israel, kawasan penugasan misi pengaman MALBATT jauh dari tempat serangan Israel.
Menurutnya, pasukan MALBATT yang terlibat misi pengaman di Lubnan tidak bertugas di kawasan berhampiran persempadanan Lubnan-Israel sebaliknya anggota-anggota pengaman PBB negara lain yang bertugas di kawasan bersempadanan Lubnan-Israel.
“Walaupun kontinjen MALBATT jauh dari kawasan sempadan Israel tetapi mereka masih boleh melihat roket pelancar dan mendengar bunyi letupan kuat.
“Ada juga roket pelancar Israel yang berjaya dipintas namun ia tidak akan menjejaskan kawasan penugasan misi pengaman MALBATT,” katanya.
Mohamad berkata pasukan MALBATT telah banyak kali melakukan drill untuk masuk ke dalam bunker (tempat perlindungan kecemasan) jika berlaku situasi tegang.
Beliau turut meminta kontinjen MALBATT 850-11 yang akan menggantikan MALBATT 850-10 di Lubnan agar sentiasa berwaspada dan bersiap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Katanya pasukan MALBATT juga diminta agar mengekalkan sifat berkecuali dan sentiasa mengutamakan keselamatan serta mematuhi segala peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh UNIFIL.
Terdahulu, Mohamad yang diiringi Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman menghantar pasukan MALBATT 850-11 melibatkan 854 anggota terdiri daripada 82 pegawai dan 772 anggota lain-lain pangkat termasuk tiga pegawai dan 27 anggota daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta seorang pegawai awam kewangan dari Kementerian Pertahanan.
MALBATT 850-11 diaturgerakkan ke Lubnan secara berperingkat melibatkan empat peringkat penghantaran yang diketuai Komander MALBATT 850-11 Kol Burhan Sagoni.
MALBATT 850-11 akan ditempatkan di dua di Kem Ma’rakah serta Kem Tibnin, Lubnan dan akan melaksanakan tugas-tugas operasi yang diberikan oleh UNIFIL khususnya di kawasan tanggungjawab yang ditetapkan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager