KANAK-KANAK 10 TAHUN LEMAS DI SUNGAI LURUS

BATU PAHAT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lepas selepas terjatuh ketika memancing di sebuah jambatan terapung di Sungai Lurus, Senggarang di sini, semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khairul Azmi Ngatman berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.47 petang, semalam.

Beliau berkata sebaik menerima panggilan tersebut, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan tujuh anggota bomba dari BBP Rengit, telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi, didapati seorang kanak-kanak lelaki telah terjatuh ke laut, ketika memancing di kawasan jambatan terapung di kawasan tersebut.

“Mangsa kemudiannya ditemukan terdampar di tepi pantai oleh orang awam pada 9.15 malam tadi, iaitu pada jarak sekitar 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, mangsa warga tempatan keluar memancing bersama bapanya sebelum terjatuh dan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi ditamatkan sekitar jam 11 malam tadi.–AlHijrah Online

Leave a Reply