Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KPKM SEDIA MEKANISME BANTUAN KEPADA PETANI TERJEJAS BANJIR

DALAM NEGARA

KPKM SEDIA MEKANISME BANTUAN KEPADA PETANI TERJEJAS BANJIR

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyediakan bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) untuk pesawah dan Tabung Bencana Pertanian bagi pengusaha tanaman selain padi untuk membantu mereka yang terkesan akibat bencana banjir.

Tanaman jagung milik petani Mohd Noor Besar yang musnah dapat dilihat setelah paras air surut disebabkan banjir yang melanda ladangnya di Jalan Durian Mentangau hari ini.

Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyediakan bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) untuk pesawah dan Tabung Bencana Pertanian bagi pengusaha tanaman selain padi untuk membantu mereka yang terkesan akibat bencana banjir.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata KPKM juga memperkenalkan Skim Takaful Tanaman Padi bermula 13 Sept lepas untuk melindungi tanaman padi daripada pelbagai risiko termasuk banjir.

Menurut beliau, bantuan di bawah TBTP diberikan dalam bentuk tunai kepada pesawah yang mengalami kerugian akibat bencana alam. Proses ini melibatkan beberapa peringkat penilaian, termasuk penyediaan laporan dan penilaian kerugian oleh agensi-agensi di lapangan bagi mengenal pasti tahap kerosakan yang dialami.

“Bagi memastikan tiada ketirisan atau ketidakadilan dalam proses pemberian bantuan, bantuan pesawah hanya diberikan kepada pesawah yang berdaftar dan telah melepasi Jawatankuasa Penapis di peringkat Agensi Teknikal,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang ingin tahu mekanisme pengagihan bantuan untuk memastikan petani terjejas banjir benar-benar mendapat sokongan, serta langkah kerajaan menangani isu ketirisan dan ketidakadilan dalam proses pemberian bantuan.

Mohamad berkata semua permohonan bantuan akan dinilai dengan teliti dan disahkan jawatankuasa peringkat negeri sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Teknikal TBTP peringkat ibu pejabat. 

Bagi permohonan bantuan di bawah Tabung Bencana Pertanian, siasatan dan bancian kerosakan tanaman akan dimulakan dalam tempoh 14 hari selepas banjir surut untuk menilai tahap kerosakan yang dialami. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading