Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HUJAN BERTERUSAN DI LIMA NEGERI HINGGA ESOK

DALAM NEGARA

HUJAN BERTERUSAN DI LIMA NEGERI HINGGA ESOK

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata lima negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata lima negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.

“Di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, diikuti Perak (Hulu Perak) manakala di Kelantan membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Bagi Terengganu, kawasan terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hisham berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan atau menghubungi hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading