Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

37 RAKYAT PALESTIN MAUT DALAM SERANGAN UDARA DI GAZA

DUNIA

37 RAKYAT PALESTIN MAUT DALAM SERANGAN UDARA DI GAZA

Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA). 

Sumber Gambar: AFP

GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA). 

Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.

Israel menerima kecaman antarabangsa atas tindakannya mengehadkan bantuan ke wilayah itu hingga menyebabkan jutaan penduduk berada di ambang kebuluran, selain turut menyasarkan mereka yang mengedarkan dan menerima bantuan kemanusiaan. 

Di tengah Gaza, 15 lagi warga Palestin terbunuh dalam serangan udara ke atas sebuah rumah milik keluarga Habbash di kem pelarian Nuseirat barat.

Sementara itu, tujuh warga Palestin termasuk kanak-kanak turut terkorban dan beberapa lagi cedera dalam serangan udara ke atas sebuah bangunan di Gaza City. 

Pada Okt 2023, Israel melancarkan perang terhadap Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 44,800 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. 

Pada 21 Nov, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza. 

Israel turut menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung tindakannya di Gaza. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading