PASUKAN MALBATT 850-12 AKAN TINGKAT SIAP SIAGA, WASPADA DI LUBNAN
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.
PORT DICKSON: Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, berkata pertukaran kontinjen MALBATT 850-11 dengan MALBATT 850-12 dilaksanakan secara berperingkat melalui empat fasa penerbangan pada 6-20 Nov lepas.
Beliau berkata petukaran kontinjen MALBATT ini dirancang dengan teliti bagi memastikan operasi di kawasan misi dapat diteruskan secara berkesan, sambil mengekalkan kekuatan kuasa tempur kontinjen pada setiap masa.
“Saya menyeru seluruh rakyat dan keluarga anggota terus mendoakan pasukan pengaman dapat melaksanakan misi ini dengan selamat dan cemerlang dan dilindungi Allah SWT.
“Sepanjang penugasan di bumi Lubnan, kontinjen MALBATT 850-11 mempamerkan disiplin dan mutu kerja yang cemerlang, meskipun berdepan pelbagai cabaran getir akibat ancaman konflik berterusan antara Israel dan Lubnan,” beliau berkata kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-bangsa Bersatu (PNBB) dan Pembubaran MALBATT 850-11 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini, hari ini.
Pada majlis berkenaan, seramai 853 anggota dan pegawai termasuk dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang pegawai kewangan Kementerian Pertahanan menerima Penganugerahan Pingat PNBB diketuai Komander, Kolonel Burhan Sagoni.
Dalam pada itu Mohammad berkata kehadiran MALBATT 850-11 diterima baik masyarakat tempatan dan mencerminkan kejayaan kolaborasi antara pasukan pengaman dan komuniti setempat.
Beliau berkata kecekapan serta profesionalisme anggota kontinjen ini membuktikan keupayaan dan kemampuan ATM dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam melaksanakan misi pengaman di peringkat antarabangsa,” katanya.
Mohammad berkata dalam situasi operasi yang mencabar, kontinjen MALBATT 850-11 berjaya mengekalkan reputasi sebagai pasukan pengaman dihormati oleh masyarakat setempat dan dalam kalangan komuniti antarabangsa.
Dalam perkembangan lain, Mohammad berkata pasukan MALBATT sentiasa bersiap siaga untuk menjalankan tugas di negara bergolak seperti Syria, sekiranya diarahkan oleh PBB.
“Jika diarahkan (ke Syria) oleh PBB untuk menyertai misi tersebut, kepimpinan negara akan membuat pertimbangan. Sekiranya dipersetujui, anggota akan dihantar ke Syria atau mana-mana negara lain yang memerlukan,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked