Seorang gadis membawa baldi air di sebuah kem untuk penduduk Palestin yang terlantar di Rafah di selatan Semenanjung Gaza –Foto AFP
NEW YORK: Ketua Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) pada Rabu memberi amaran bahawa ketiadaan air minuman yang selamat di Gaza boleh mengancam nyawa dan menyebabkan lebih ramai kanak-kanak berisiko dijangkiti penyakit, lapor Xinhua.
Pengarah Eksekutif UNICEF Catherine Russell berkata kekurangan akses kepada air bersih kini umpama hidup dan mati buat kanak-kanak di Gaza yang hampir tidak mempunyai air untuk diminum.
“Kanak-kanak dan keluarga mereka terpaksa menggunakan air daripada sumber tidak selamat yang mempunyai kandungan garam tinggi atau tercemar.
“Tanpa air yang selamat, ramai lagi kanak-kanak akan mati akibat serba kekurangan dan penyakit dalam beberapa hari akan datang,” katanya.
Amaran kemanusiaan itu dibuat selepas lebih 10 minggu serangan Israel ke atas wilayah terkepung berkenaan.
Bagi mengelak serangan Israel, lebih 1.4 juta penduduk Gaza mencari perlindungan di kemudahan yang dikendalikan oleh Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).
Tetapi UNICEF berkata kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal di selatan Rafah hanya mempunyai 1.5 hingga dua liter air setiap hari dan jumlah bekalan air semakin berkurangan.
“Untuk kelangsungan hidup sahaja, anggaran minimum (air diperlukan) ialah tiga liter sehari,” menurut agensi PBB itu dalam satu kenyataan.
Walaupun kekurangan air minuman adalah sesuatu yang membimbangkan, UNICEF menegaskan “ratusan ribu” penduduk yang kehilangan tempat tinggal — separuh daripadanya kanak-kanak — juga “amat terdesak kepada” makanan, tempat tinggal, ubat-ubatan dan perlindungan.
Sekurang-kurangnya 50 peratus kemudahan WASH (air, sanitasi dan kebersihan) — yang menyediakan perkhidmatan air dan sanitasi asas — telah rosak atau musnah di Gaza, dan UNICEF memberi amaran bahawa kesan situasi itu terhadap kanak-kanak amat membimbangkan kerana mereka lebih terdedah kepada cirit-birit, pelbagai jenis penyakit dan kekurangan zat makanan.
“Setakat ini, pihak berkuasa merekodkan hampir 20 kali ganda purata bulanan kes cirit-birit yang dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun, selain peningkatan kes kudis, kutu, cacar air, ruam kulit dan lebih 160,000 kes jangkitan pernafasan akut,” lapor UNICEF.
Sejak konflik di Gaza bermula, UNICEF dan rakan kongsi telah menyediakan bahan api untuk mengendalikan telaga, loji penyahgaraman, lori air dan pengurusan sisa dan kumbahan bersama-sama dengan air botol dan bekas air untuk lebih 1.3 juta orang.
Lebih 45,000 bekas mengisi air telah diedarkan bersama sekurang-kurangnya 130,000 kit kebersihan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager