TOL PERCUMA PADA 23, 26 DIS SEMPENA PERAYAAN KRISMAS – AHMAD MASLAN
Kerajaan bersetuju memberikan tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Dis kepada pengguna lebuh raya bagi semua jenis kenderaan bersempena dengan perayaan Hari Krismas Isnin depan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Dis kepada pengguna lebuh raya bagi semua jenis kenderaan bersempena dengan perayaan Hari Krismas Isnin depan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.
“Pemberian tol percuma ini diharapkan dapat meringankan beban perjalanan semua rakyat Malaysia yang merancang pulang ke kampung halaman untuk melawat ahli keluarga, menyambut Hari Krismas atau bercuti bersama-sama keluarga bersempena dengan cuti sekolah.
“Langkah ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kerja Raya di sini hari ini.
Beliau berkata pemberian tol percuma bersempena dengan perayaan Krismas itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Dis.
“Tol percuma ini bukan diberi oleh pihak konsesi, (tetapi) diberi oleh Kementerian Kewangan,” katanya.
Ahmad berkata pemberian tol percuma melibatkan kos RM40 juta selama dua hari dengan anggaran 2.1 juta kenderaan berada di lebuh raya pada cuti perayaan Krismas.
Bagi 2023, beliau berkata pengecualian tol yang diberikan pada sambutan perayaan sebelum ini melibatkan kos RM206.19 juta dan jumlah ini tidak termasuk pengecualian tol selama dua hari bersempena dengan Krismas.
Beliau berkata pemilihan tarikh 23 dan 26 Dis iaitu pada Sabtu dan Selasa bagi tol percuma bertujuan mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar.
Ahmad berkata pemilihan dua tarikh itu juga dapat mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan serta keperluan logistik lain yang melibatkan pihak ketiga di sepanjang kawasan hentian sebelah dan kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya.
Beliau turut berharap agar pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang ini dan merancang perjalanan dengan sebaiknya serta mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan (TTA) yang disyorkan.
Pengguna juga perlu menitikberatkan aspek keselamatan dengan mematuhi had laju, papan tanda dan peraturan-peraturan di sepanjang lebuh raya, katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager