Kuarters KTMB Bangsar terbakar

Bomba memadamkan kebakaran yang melibatkan sebuah kereta dalam kejadian kebakaran di Kuarters KTMB

BANGSAR – 10 unit rumah di Rumah Panjang di Kuarters KTMB Jalan Lengkok Abdullah Bangsar, Kuala Lumpur terbakar pagi ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam insiden berkenaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan lanjut selepas kebakaran berjaya dipadamkan, bomba mendapati tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku.

“Kebakaran melibatkan kuarters KTMB yang diperbuat daripada kayu.

“Keluasan kebakaran 100 meter persegi dan dianggarkan 10 unit rumah terbakar daripada 15 unit rumah,” katanya.

Kenyataan itu berkata, kebakaran itu juga telah merebak ke rumah flat bersebelahan iaitu Flat Sri Pahang di tingkat 7 bagaimanapun berjaya dipadamkan.

Sebelum itu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 10.03 pagi dan seterusnya menggerakkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai,
BBP Hang Tuah, BBP Taman Tun, BBP Sentul dan BBP Seputeh yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Mohammad.

Leave a Reply