KUPANG PORT DICKSON BELUM SELAMAT DIMAKAN, SAMPEL KETIGA DIAMBIL
Ujian makmal bagi sampel kedua yang dilakukan Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) Selasa lepas terhadap kupang dan kerang-kerangan di perairan Port Dickson mendapati bacaan biotoksin masih melebihi 800 per bilion (ppb).
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) Kasim Tawe berkata justeru makanan laut itu masih tidak selamat kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan dan larangan memakannya masih dikuatkuasakan.
SEREMBAN: Ujian makmal bagi sampel kedua yang dilakukan Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) Selasa lepas terhadap kupang dan kerang-kerangan di perairan Port Dickson mendapati bacaan biotoksin masih melebihi 800 per bilion (ppb).
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) Kasim Tawe berkata justeru makanan laut itu masih tidak selamat kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan dan larangan memakannya masih dikuatkuasakan.
“Untuk sampel yang kita ambil Selasa lepas di dua lokasi iaitu di perairan Kampung Teluk dan Sungai Sekawang mendapati bacaan biotoksin masih melebihi had. Sampel ketiga akan diambil pada minggu depan.
“Berikutan keputusan sampel kedua masih melebihi paras yang dibenarkan, JPNS akan mengambil sampel dan memantau keadaan setiap minggu hingga keputusan paras biotoksin rendah daripada paras yang dibenarkan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak mengutip, mengambil atau menuai kerang-kerangan di perairan itu untuk sementara waktu.
Media sebelum ini melaporkan Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang mendakwa mengesan fenomena yang dipercayai ledakan alga di Perairan Pasir Panjang serta mengeluarkan hebahan larangan penjualan dan penuaian sumber kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson.
Sementara itu, Kasim berkata pengusaha dan penternak melalui sistem pancang dan panggar kupang dari Sungai Sekawang ke Tanjung Teluk, Pasir Panjang diminta menghentikan sementara kerja mengambil, mengutip, mengeluar dan menuai kerang-kerangan dari perairan Port Dickson berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata larangan itu dikeluarkan hingga siasatan dijalankan JPNS selesai dan orang awam dinasihatkan untuk tidak memakan kerang-kerangan dari kawasan terbabit bagi mengelakkan risiko keracunan makanan.
“Ini susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kes Ledakan Alga Berbahaya (HAB) di Perairan Port Dickson menetapkan bahawa kandungan biotoksin pada sampel kupang yang diambil pada 6 Ogos dan 12 Ogos mempunyai kandungan toksin Paralytic Shellfish Poisoning melebihi paras parameter 800 ppb,” katanya dalam kenyataan hari ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked