Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES PENYAKIT KULIT MENINGKAT DI GAZA AKIBAT GELOMBANG HABA

DUNIA

KES PENYAKIT KULIT MENINGKAT DI GAZA AKIBAT GELOMBANG HABA

Gaza kini mencatatkan peningkatan mendadak kes penyakit kulit berikutan gelombang haba yang melanda wilayah itu, kata Pengarah Hospital Al-Shifa Mohammed Abu Salmiya pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

Beliau berkata suhu yang melonjak tinggi, ditambah dengan kekurangan bekalan air minuman yang serius, meningkatkan risiko kesihatan kepada penduduk di semua peringkat umur di seluruh Semenanjung Gaza.

Sumber: AFP

ISTANBUL: Gaza kini mencatatkan peningkatan mendadak kes penyakit kulit berikutan gelombang haba yang melanda wilayah itu, kata Pengarah Hospital Al-Shifa Mohammed Abu Salmiya pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

Beliau berkata suhu yang melonjak tinggi, ditambah dengan kekurangan bekalan air minuman yang serius, meningkatkan risiko kesihatan kepada penduduk di semua peringkat umur di seluruh Semenanjung Gaza.

Beliau berkata, hospital-hospital menghadapi kesukaran mengendalikan peralatan perubatan penting kerana penghantaran bahan api telah dihentikan, sekali gus mengancam nyawa pesakit dan mangsa yang cedera. 

Abu Salmiya menegaskan hospital berada pada tahap kritikal dan kegagalan mengoperasikan peralatan penyelamat nyawa boleh membawa bencana besar. 

Beliau juga berkata tentera Israel terus menyasarkan sekolah, hospital dan khemah pelarian, menyebabkan krisis kemanusiaan di Gaza semakin meruncing dari hari ke hari.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading