PM ANWAR HARGAI SUMBANGAN, PENGORBANAN WARGA PERKHIDMATAN AWAM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan penghargaan kepada seluruh warga perkhidmatan awam kerana dedikasi mereka melaksanakan tugas meskipun berdepan pelbagai cabaran dan kritikan
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan penghargaan kepada seluruh warga perkhidmatan awam kerana dedikasi mereka melaksanakan tugas meskipun berdepan pelbagai cabaran dan kritikan.
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, barisan menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri serta semua pegawai dan kakitangan kerajaan atas sumbangan mereka.
“Saya ingin mengulangi secara ikhlas penghargaan kami kepada saudara-saudara kerana negara kita tidak akan diiktiraf dan mencatat beberapa kejayaan tanpa sumbangan, pengorbanan dan khidmat cemerlang saudara-saudara.
“Terima kasih banyak,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) Tahun 2025 anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama INTAN di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta barisan Menteri Kabinet antaranya Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan barisan ketua setiausaha kementerian turut menghadiri majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu.
Mengenai MAPPA XX, Anwar berkata himpunan itu mendapat sokongan baik Jemaah Menteri sekali gus menunjukkan wujud hubungan baik pimpinan negara dan perkhidmatan awam.
“Jarang sekali kita lihat ada pertemuan yang didukung sepenuhnya oleh pimpinan negara. Ini menunjukkan ada sinergi yang baik antara pimpinan negara dan penjawat awam,” katanya.
Terdahulu, Anwar mengumumkan pelbagai inisiatif baharu bagi memperkukuh perkhidmatan awam termasuk penambahbaikan skim Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pemberian Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) serta peruntukan dana bagi memperkasakan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Beliau berkata langkah itu selaras dengan usaha kerajaan meningkatkan kecekapan, profesionalisme dan kebajikan penjawat awam di semua peringkat sekali gus memastikan agenda pembangunan negara dapat dilaksana dengan lebih berkesan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked