Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DAKWAAN TABUNG HAJI BELANJA RM20 JUTA UNTUK PENJENAMAAN ADALAH FITNAH – TH

DALAM NEGARA

DAKWAAN TABUNG HAJI BELANJA RM20 JUTA UNTUK PENJENAMAAN ADALAH FITNAH – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan mengenai perbelanjaan RM20 juta bagi proses penjenamaan semula atau “Rebranding” dan menyatakan perkara itu adalah satu fitnah.

Sebaliknya, peruntukan perbelanjaan bagi proses penjenamaan semula adalah sebanyak RM2 juta setahun untuk tempoh tiga tahun.

Sumber: ARKIB

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan mengenai perbelanjaan RM20 juta bagi proses penjenamaan semula atau “Rebranding” dan menyatakan perkara itu adalah satu fitnah.

Sebaliknya, peruntukan perbelanjaan bagi proses penjenamaan semula adalah sebanyak RM2 juta setahun untuk tempoh tiga tahun.

“Proses ini melibatkan tinjaun pasaran meluas dan proses libat urus bersama pihak pendeposit bagi memahami lebih baik keperluan mereka.

“TH juga mendapati perubahan demografi masyarakat Islam di Malaysia mempunyai kesan yang amat ketara,” kata kenyataan TH.

Selain itu TH juga menegaskan dakwaan syarikat itu tidak perlu berusaha untuk memperkukuhkan jenamanya yang sudah beroperasi selama 60 tahun itu juga tidak tepat.

“TH juga telah beberapa kali berusaha untuk memperkukuhkan jenamanya sebelum ini kerana ianya merupakan pelaburan penting bagi mengubah minda dan menarik minat umat Islam untuk menabung secara sistematik supaya memenuhi syarat kemampuan menunaikan haji,” jelas kenyataan TH.

Ketika ini TH mempunyai 9.6 juta pendeposit, hanya 50 peratus dari angka tersebut adalah penduduk muslim negara dan 80 peratus daripada transaksi kewangan dilakukan secara digital dan dalam talian.

Lebih 53 peratus pendeposit juga hanya mempunyai simpanan kurang dari RM 1,300 dan angka itu adalah jauh daripada mencukupi untuk persediaan menunaikan haji kerana bayaran haji bagi seorang jemaah kumpulan B40 bagi tahun 2025 adalah sebanyak RM 15,000.

TH sedang merancang kempen bagi menarik umat Islam negara ini untuk menabung awal, konsisten, dan sistematik untuk meningkatkan simpanan ke paras yang membolehkan mereka menunaikan ibadat haji serta memastikan pelaburan stabil demi kelestarian institusi.

Lembaga Pengarah TH juga akan mengkaji semula strategi untuk terus kekal berdaya saing memberi perkhidmatan terbaik dan menarik minat lebih ramai umat Islam Malaysia terutamanya golongan muda untuk menjadi pendeposit. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading