46 RAKYAT PALESTIN TERBUNUH DALAM SERANGAN ISRAEL DI SEMENANJUNG GAZA
Sekurang-kurangnya 46 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di seluruh Semenanjung Gaza pada Jumaat, menurut Pertahanan Awam Gaza, lapor Xinhua.
GAZA: Sekurang-kurangnya 46 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di seluruh Semenanjung Gaza pada Jumaat, menurut Pertahanan Awam Gaza, lapor Xinhua.
Jurucakap Pertahanan Awam Gaza Mahmoud Basal, berkata tujuh orang terbunuh dalam serangan udara yang menyasarkan khemah penduduk yang kehilangan tempat tinggal di kejiranan Al-Rimal, barat Bandaraya Gaza.
Beliau berkata enam lagi, termasuk dua kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah bangunan sekolah yang menempatkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di kejiranan al-Daraj, timur Bandaraya Gaza.
Sekurang-kurangnya 24 orang, termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak, dibunuh oleh tentera Israel ketika sedang menunggu untuk menerima bantuan makanan di hadapan pusat pengagihan bantuan di utara Rafah, selatan Semenanjung Gaza, di persimpangan Netzarim di tengah Semenanjung, dan di lintasan Zikim di utara, menurut Basal.
Beliau menambah empat orang, termasuk seorang kanak-kanak perempuan, terbunuh dalam serangan artileri Israel yang menyasarkan perhimpunan penduduk Palestin dan sebuah rumah kediaman di kejiranan Zeitoun dan Tuffah, timur Bandaraya Gaza.
Dua lagi terbunuh dalam serangan udara ke atas khemah yang menempatkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di atas bumbung bangunan klinik pesakit luar di Hospital al-Aqsa di Deir al-Balah, tengah Semenanjung Gaza, kata Basal.
Menurut Basal, tiga rakyat Palestin, termasuk seorang bayi, juga terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah yang menempatkan orang awam yang kehilangan tempat tinggal di barat Bandaraya Gaza,
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam kenyataan pada Jumaat berkata tentera Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza, termasuk Bandaraya Gaza dan Khan Younis.
Sejak Israel menyambung semula kempen ketenteraan besar-besaran pada 18 Mac, sekurang-kurangnya 10,300 rakyat Palestin terbunuh dan 43,234 cedera, menjadikan jumlah keseluruhan korban di Gaza sejak konflik bermula pada Oktober 2023 kepada 61,827 orang dan 155,275 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Jumaat.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests