Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KUTIPAN TOL DI LEBUH RAYA DASH BERMULA 1 DIS

DALAM NEGARA

KUTIPAN TOL DI LEBUH RAYA DASH BERMULA 1 DIS

Kadar tol bagi kenderaan jenis kereta ialah RM2.30, lori RM4.60, treler RM6.90, teksi RM1.20 dan bas RM2.30.

Foto arkib

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan dikenakan bayaran tol bermula pada 12.01 tengah malam, 1 Disember (Khamis).

DASH dalam kenyataan hari ini berkata kadar tol sama dikenakan kepada pengguna yang melalui tiga plaza tol lebuh raya DASH iaitu Plaza Tol Denai Alam, Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara) dan Plaza Tol Kota Damansara mengikut kelas kenderaan.

“Kadar tol bagi kenderaan jenis kereta ialah RM2.30, lori RM4.60, treler RM6.90, teksi RM1.20 dan bas RM2.30.

“Kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan RFID,” katanya.

Lebuh raya DASH ialah satu daripada enam lebuh raya kendalian Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), pengendali lebuh raya terbesar di Lembah Klang.

Pada majlis perasmian pembukaan lebuh raya DASH pada 13 Okt lepas, kerajaan mengumumkan lebuh raya sepanjang 20.1 kilometer itu dibuka kepada pengguna secara percuma bermula 14 Okt sehingga 30 Nov.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading