Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LANS KOPERAL DIDAKWA TERIMA RASUAH RM250

DALAM NEGARA

LANS KOPERAL DIDAKWA TERIMA RASUAH RM250

IPOH: Gara-gara menerima rasuah berjumlah RM250, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua pertuduhan hari ini.

Tertuduh, Abdul Hadi Abu Bakar, 28 tahun bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim s. Indra Nehru.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerima suapan wang tunai RM50 daripada seorang lelaki sebagai dorongan tidak membawa lelaki berkenaan dan pasangannya ke balai polis atas kesalahan khalwat di tempat letak kereta Taman D. R. Seenavasagam, kira-kira jam 2 pagi pada 30 Disember 2019.

Lelaki terbabit turut didakwa bagi pertuduhan kedua menerima suapan berjumlah RM200 daripada lelaki sama atas kesalahan khalwat di belakang bangunan Restoran Nasi Kandar di Taman Fair Park antara pukul 12.30 hingga 12.45 tengah hari, 5 Januari 2021.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 28 Oktober ini untuk sebutan semula kes. – Alhijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading