Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Lapan cedera insiden tembakan rambang di sekolah AS

DUNIA

Lapan cedera insiden tembakan rambang di sekolah AS


Polis tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

DENVER, AMERIKA SYARIKAT – Sekurang-kurangnya lapan pelajar cedera dalam kejadian tembakan di negeri Colorado semalam.

Pejabat Sherif Douglas County tanpa memberi butiran lanjut menerusi Twitter berkata, beberapa mangsa berada dalam keadaaan kritikal .

Penyerang melepaskan tembakan di dalam STEM School Highlands Ranch, sebuah sekolah menempatkan pra sekolah sehingga Gred 12 di tengah Colorado, lapan kilometer dari Columbine High School.

Kenyataan itu juga menyebut, dua penyerang sudah ditahan sambil tidak menolak penglibatan suspek ketiga.

Dua penyerang remaja tersebut juga pernah membunuh 12 pelajar dan seorang guru di Columbine pada tahun 1999, di mana kejadian itu merupakan salah satu kejadian tembakan terburuk dalam sejarah AS.

Sejak itu, tembakan di sekolah menjadi kebiasaan di AS, dengan kejadian tembakan senjata api membunuh hampir 40,000 pada 2017, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Walaupun jenayah keganasan senjata api menjadi masalah besar di negara itu, usaha menanganinya di peringkat persekutuan seringkali menemui jalan buntu.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading