Semua suspek serangan bom Sri Lanka sudah ditahan


Anggota keselamatan berkawal di hadapan Gereja St Anthony di Colombo, beberapa hari selepas siri serangan yang meragut lebih 250 nyawa. – Foto Reuters

COLOMBO, SRI LANKA – Kesemua suspek dan mereka yang terlibat secara langsung dengan siri pengeboman di Sri Lanka bulan lalu telah ditahan, manakala ada juga yang telah meninggal dunia, kata pemangku ketua polis negara.

Pemangku Ketua Polis Negara, Chandana Wickramaratne dalam kenyataannya semalam berkata, pasukan keselamatan turut merampas peralatan membuat bom yang akan digunakan penyerang dalam serangan akan datang.

Pihak berkuasa Sri Lanka percaya, siri pengeboman yang menyasarkan beberapa gereja dan hotel terkemuka di negara itu dijalankan oleh dua kumpulan militan kecil, Tawheed Jamaath (NTJ) dan Jamathei Millathu Ibrahim (JMI).

Sementara itu, kumpulan militan Daesh turut mengaku bertanggungjawab terhadap serangan pada 21 April lalu yang mengorbankan lebih 250 nyawa itu.

Leave a Reply