Penduduk Palestin membersihkan kawasan yang musnah dalam serangan rejim Zionis Israel di Gaza semalam. – Foto Muhammad Nadir
GAZA – Penduduk Palestin kini berada dalam keadaan sedih dan takut
selepas kawasan kediaman mereka dibedil oleh rejim Zionis Israel ketika
mereka bersiap sedia untuk menyambut bulan Ramadan.
Pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia (PCGM), Muhammad Nadir Al-Nuri
Kamarulzaman berkata, ramai yang kehilangan keluarga, sahabat dan harta
benda dalam serangan yang bermula Jumaat lalu itu.
“Walaupun semua dalam keadaan ketakutan, Alhamdulillah masjid masih penuh umat Islam untuk melakukan solat sunat tarawih, sementara keadaan di pasar pula tidak semeriah tahun-tahun lepas.
“Sedikit demi sedikit selepas gencatan senjata, rakyat Palestin cuba hendak kembali kepada keadaan asal,” katanya kepada Sinar Harian.
Jelas Muhammad Nadir, gencatan senjata bermula jam 4.30 pagi waktu Gaza dan pejuang Palestin iaitu Hamas memberikan tempoh 48 jam untuk Israel melakukan perkara yang dipersetujui bersama bagi meringankan beban ke atas penduduk Gaza.
“Statistik Kementerian Kesihatan Palestin menunjukkan 27 telah syahid, 154 cedera dan antara yang syahid ialah Seba Abu Arar yang berusia setahun dua bulan serta Maria Ghazali berusia enam bulan,” katanya.
Muhammad Nadir (kanan) melakukan tinjauan dan ziarah di salah sebuah kawasan kediaman di Gaza yang dibedil oleh rejim Zionis Israel semalam. – Foto Muhammad Nadir
Sejak Jumaat lepas, rejim Zionis Israel telah melancarkan serangan bertubi-tubi dari udara dan darat ke atas Gaza.
Tindakan rejim itu dikutuk sekeras-kerasnyanya, terutama ketika umat Islam di Palestin dan seluruh dunia sedang mengadakan persiapan untuk menyambut Ramadan.
Serangan itu bermula selepas dua warga Palestin ditembak mati oleh pasukan keselamatan Israel semasa bantahan berhampiran tembok perimeter Israel-Gaza.
Pejuang Palestin bertindak balas dengan menembak dan mencederakan dua anggota tentera Israel.
Dalam pada itu, Muhammad Nadir berkata, PCGM telah melakukan ziarah terhadap keluarga yang terlibat dalam serangan itu termasuk meneruskan projek-projek Ramadan yang sudah dirancang. Orang ramai yang ingin memberikan bantuan boleh berbuat demikian menerusi Tabung Kecemasan Gaza menerusi Akaun Maybank rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia 5648 1050 7826. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.