Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Polis Zionis bunuh pekerja Palestin di Qalansuwa

DUNIA

Polis Zionis bunuh pekerja Palestin di Qalansuwa

Amjad Jamal Galag

TULKAREM — Polis penjajah Zionis semalam membunuh seorang pekerja Palestin selepas mengejar dan gagal menangkap beliau di kota Qalansuwa, yang terletak dalam Wilayah Palestin 1948.

Polis Zionis cuba menangkap Amjad Jamal Galag, 30, di sebuah sekatan jalan namun beliau enggan menyerah diri dan terus memandu kenderaannya. Pasukan polis mengejar Amjad, dan melepaskan tembakan apabila gagal menangkap beliau.

Amjad, seorang bekas tahanan dari bandar Attil di Tulkarem, meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebulan lalu, seorang pemuda dari Tebing Barat yang bekerja di Wilayah Palestin 1948 turut dibunuh dalam senario yang sama. – Haluan Palestin


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading