LAPAN INDIVIDU MENGAKU SALAH UGUT BUNUH, PEMERASAN SERTA KURUNG LELAKI
Dalam prosiding yang sama juga, ketujuh-tujuh individu lelaki itu turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan keempat iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa sama.
Tujuh lelaki dan seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan bunuh, pemerasan serta mengurung secara paksa terhadap seorang lelaki di sebuah rumah di Plentong di sini, minggu lepas.
Muhammad Aqmal Hafifi Mustafa Kamal, 25; Ahmad Rushdi Jumadi, 23; Muhammad Nur Shafiq Abdullah, 25; Muhammad Haikal Zulkarnain, 19; Mohamad Amierul Hakim Shamsuri, 23; Mohamad Danish Hakim Kamaruddin, 20; Syamsul Hamiziey Saiful Razali, 19, dan Nuredrianna Balqqisyh Anabella Norazman, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab. — fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Tujuh lelaki dan seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan bunuh, pemerasan serta mengurung secara paksa terhadap seorang lelaki di sebuah rumah di Plentong, Johor Bahru pada Khamis, minggu lepas.
Muhammad Aqmal Hafifi Mustafa Kamal, 25; Ahmad Rushdi Jumadi, 23; Muhammad Nur Shafiq Abdullah, 25; Muhammad Haikal Zulkarnain, 19; Mohamad Amierul Hakim Shamsuri, 23; Mohamad Danish Hakim Kamaruddin, 20; Syamsul Hamiziey Saiful Razali, 19, dan Nuredrianna Balqqisyh Anabella Norazman, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menakutkan secara jenayah dengan ugutan hendak menyebabkan kematian terhadap Muhammad Faris Syahmi Mohd Ridzwan, 22.
Untuk pertuduhan kedua, mereka didakwa bersama-sama dengan sengaja telah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap Muhammad Faris Syahmi dengan tidak berhenti memukul dan melepaskannya, hingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM650 melalui akaun e-dompet dan kunci motosikal Yamaha Y16 kepada Mohamad Amierul Hakim.
Bagi pertuduhan ketiga, kesemua tertuduh serta dua lagi yang masih bebas didakwa secara bersama-sama mengurung mangsa.
Dalam prosiding yang sama juga, ketujuh-tujuh individu lelaki itu turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan keempat iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa sama.
Kesemua kesalahan berkenaan dilakukan di sebuah pangsapuri di Plentong, Masai, di sini, antara 10 malam hingga 4 pagi, pada 18 hingga 19 April lepas.
Pertuduhan pertama hingga ketiga mengikut Seksyen 506, 384 dan 342 Kanun Keseksaan manakala pertuduhan keempat mengikut Seksyen 323 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian memerintahkan tujuh tertuduh lelaki masing-masing diikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin untuk semua pertuduhan, manakala Nuredrianna Balqqisyh Anabella RM14,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan 3 Jun depan bagi fakta kes dan jatuh hukum.
Pendakwaan dikendikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor Abdul Ghafar Ab Latif dan dibantu Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Nik Azman serta Nur Fatihah Mohd Nizam manakala kesemua tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Norfarahin Mohd Yazid dan T. Nadarajan. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.