TARIF AS: MALAYSIA SEPAKAT BINA KEUPAYAAN DOMESTIK, KEYAKINAN RAKYAT – PM ANWAR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keyakinan dan keupayaan tersebut berdasarkan kekuatan dan jaringan yang bertambah antara negara serantau, Asia dan pasaran baharu Eropah.
IPOH: Malaysia perlu bersepakat dengan negara luar termasuk blok ASEAN bagi membina keupayaan domestik dan keyakinan rakyat, bahawa negara mampu berdikari walaupun dikenakan tarif oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keyakinan dan keupayaan tersebut berdasarkan kekuatan dan jaringan yang bertambah antara negara serantau, Asia dan pasaran baharu Eropah.
“Dengan pengumuman tarif oleh Presiden AS Donald Trump, apakah kita harus mengeluh atau mengambil langkah-langkah sendiri.
“Yang pertama paling penting ialah membina keupayaan domestik kita, membina keyakinan rakyat bahawa kita mampu berdikari, mampu membangun dengan kekuatan kita dengan jaringan yang bertambah di ASEAN, rantau Asia, China, India, Australia, Jepun, Korea, serta membuka pasaran-pasaran baru Eropah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penambahbaikan dan Penaiktarafan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
Anwar berkata perkara-perkara tersebut adalah hasil perbincangan serta rundingan bersama pemimpin-pemimpin ASEAN dan ketika lawatan Presiden China Xi Jinping baru-baru ini.
Menteri Kewangan itu juga berkata beberapa pemimpin luar termasuk Presiden Maldives Mohamed Muizzu akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dalam masa terdekat.
Selain itu Anwar yang juga Pengerusi ASEAN 2025 berkata beliau telah membincangkan mengenai cara-cara untuk mengembangkan pasaran dan meningkatkan pelancongan dalaman bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, baru-baru ini menerusi dalam talian.
“Antara hujah penting dalam ASEAN adalah bagaimana kita boleh tingkatkan pelancongan dalam kalangan intra-ASEAN. Sebab itu kita bersaing dengan kemudahan dan prasarana lebih baik, serta tahap kecekapan semua pegawai,” katanya.
Pada 2 April lepas, Trump mengumumkan satu siri tarif timbal balik yang dikenakan terhadap banyak negara, termasuk 24 peratus ke atas import barangan dari Malaysia, namun ia kini ditangguhkan bagi tempoh 90 hari.
Sementara itu Perdana Menteri berkata kerajaan membelanjakan kos yang besar bagi industri pengangkutan termasuk membina dan menambah baik lebuh raya, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan lapangan terbang, kerana ia adalah strategik dari segi perkembangan pembangunan negara dan pelancongan.
“Sekarang dengan adanya beberapa langkah dan inisiatif swasta ataupun syarikat-syarikat sendiri perundingannya, seperti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), ia akan mengurangkan tekanan beban kerajaan.
“Ini kerana rangkaian ini dapat diusahakan dengan dana (sendiri) seperti menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, sekali gus memberikan ruang kepada MAHB dan tidak membebankan dana kerajaan, “ katanya.
Mengenai Penambahbaikan dan Penaiktarafan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Anwar menyifatkan langkah MAHB itu berupaya meningkatkan keupayaan serta membantu pelbagai sektor termasuk perdagangan, perusahaan dan pelancongan.
“Dulu bila kita nak besarkan lapangan terbang ini, tergendala kerana kita rasa pesawat dari Kuala Lumpur ke Ipoh itu tidak banyak. Orang kadang-kadang pilih untuk gunakan kenderaan biasa.
“Namun sekarang ini kita fikir lebih luas, (ada pesawat) dari Senai, Singapura dan mungkin diperluaskan di rantau dan di kawasan-kawasan lain seperti Kota Kinabalu, Kuching umpamanya yang akan berikan tarikan yang tersendiri untuk lapangan terbang,” katanya.
Beliau juga memaklumkan bahawa, Malaysia hari ini mencatat beberapa angka yang membanggakan dari segi pertumbuhan, pelaburan dan peningkatan jumlah pelancongan yang berlipat kali ganda termasuk ke Perak, khususnya Ipoh dan persekitarannya.
Skop penaiktarafan yang telah dilakukan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah termasuk perluasan terminal, penambahbaikan kawasan daftar masuk dan ketibaan, fasiliti imigresen yang lebih efisien serta peningkatan infrastruktur keselamatan seperti CCTV dan mesin pengimbas.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked