Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAPAN MAUT, TIGA CEDERA PARAH KEMALANGAN LIBATKAN KENDERAAN FRU DI TELUK INTAN – POLIS

DALAM NEGARA

LAPAN MAUT, TIGA CEDERA PARAH KEMALANGAN LIBATKAN KENDERAAN FRU DI TELUK INTAN – POLIS

Lapan dilaporkan meninggal dunia manakala tiga cedera parah dalam kemalangan membabitkan lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, di Teluk Intan hari ini.

Sumber Gambar: Media Sosial

IPOH: Lapan dilaporkan meninggal dunia manakala tiga cedera parah dalam kemalangan membabitkan lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, di Teluk Intan hari ini.

Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr. Bakri Zainal Abidin ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan.

“Buat masa ini laporan diterima lapan meninggal dunia, tiga cedera parah dan tujuh cedera, kenyataan media sedang disediakan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.54 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian sejauh lapan kilometer.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori polis FRU telah berlanggar dengan sebuah lori membawa muatan batu. Terdapat dua mangsa yang tersepit di lori FRU.

“Kerja-kerja penyelamatan sedang dilaksanakan. Maklumat terkini kita akan salurkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading