TH JALIN KERJASAMA DENGAN ADAHI, URUS DAM DAN KORBAN JEMAAH HAJI MALAYSIA
Lembaga Tabung Haji (TH) memeterai satu perjanjian penting bersama The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilisation of Hady and Adahi (ADAHI) bagi pelaksanaan ibadah dam dan korban jemaah haji Malaysia untuk musim haji 1446H/2025M.
MAKKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) memeterai satu perjanjian penting bersama The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilisation of Hady and Adahi (ADAHI) bagi pelaksanaan ibadah dam dan korban jemaah haji Malaysia untuk musim haji 1446H/2025M.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata ADAHI, merupakan satu-satunya organisasi diiktiraf Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, untuk menguruskan penyembelihan korban dan dam secara sistematik serta sah menurut syarak.
“Ini kali pertama TH melaksanakan kedua-dua ibadah dam dan korban melalui satu saluran tunggal. Sebelum ini, ia dilakukan secara berasingan dan melalui proses tender,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara TH dan ADAHI di Ibu Pejabat ADAHI di sini, pada Isnin.
Terdahulu, Mohd Hisham menandatangani MoU tersebut bersama Penyelaras Am ADAHI Saad Abdul Rahman Al-Wabil. Turut hadir Timbalan Ketua Rombongan Haji Kebajikan TH Mohamed Heikal Mohamed Yusuff dan Pengarah Operasi Kewangan TH Shamsul Bahar Shamsudin.
Mohd Hisham berkata ADAHI merupakan sebuah entiti rasmi Kerajaan Arab Saudi di bawah Suruhanjaya Diraja bagi Kota Mekah dan Tapak Suci dipilih berdasarkan kelengkapan logistik dan fasiliti moden yang dimiliki syarikat itu.
“ADAHI mengendalikan lapan kompleks penyembelihan yang dilengkapi kemudahan pembekuan dan pemprosesan daging dan daging tersebut bukan sahaja diagihkan kepada masyarakat di Makkah dan sekitar Tanah Suci, malah turut disalurkan ke lebih 30 negara lain,” katanya.
Selain itu, Mohd Hisham berkata kerjasama antara TH dan ADAHI, dapat memberi jaminan kepada jemaah haji bahawa ibadah dam dan korban mereka dilaksanakan secara telus, bersih serta menepati piawaian antarabangsa yang ditetapkan.
Mohd Hisham turut menasihatkan jemaah haji agar membuat bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI, bagi mengelakkan penipuan dan pelaksanaan ibadah yang meragukan.
“Kita mohon jemaah tidak terjebak dengan tawaran harga murah oleh pihak yang tidak dikenali. ADAHI adalah pihak yang sah dan diiktiraf, insya-Allah urusan ibadah para jemaah akan dilaksanakan dengan sempurna dan memberi manfaat kepada umat Islam di seluruh dunia,” katanya.
TH mengumumkan penetapan kadar bayaran dam dan penyertaan korban di Tanah Suci pada jumlah yang sama, iaitu sebanyak RM875 untuk seekor qibas bagi musim haji tahun ini. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.