Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAPOR JIKA KESAN PENJUALAN OXIMETER PALSU ATAU HARGA MELAMPAU -KPDNHEP

DALAM NEGARA

LAPOR JIKA KESAN PENJUALAN OXIMETER PALSU ATAU HARGA MELAMPAU -KPDNHEP

HULU TERENGGANU: Pengguna yang mengesan penjualan alat pengukur kadar oksigen atau oximeter tiruan dalam pasaran diminta untuk segera membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) Datuk Rosol Wahid berkata, tindakan tegas di bawah Akta Cap Dagangan 2019 akan diambil kepada mereka yang didapati menjual oximeter palsu sama ada di premis fizikal atau dalam talian.

“Bila ada laporan berkaitan penjualan oximeter palsu maka kita boleh ambil tindakan.

“Selain barangan palsu, kalau harganya melampau kita juga boleh ambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2011. Jadi, jika ada maklumat lapor kepada pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sekolah Kebangsaan Tanggol, Kuala Berang.

Pada program itu, seramai 1,500 penduduk sekitar hadir menerima vaksin dos pertama dan outreach tersebut merupakan yang kelapan di Hulu Terengganu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading