Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PUSAT RACUN NEGARA MULA TERIMA KES KERACUNAN IVERMECTIN

DALAM NEGARA

PUSAT RACUN NEGARA MULA TERIMA KES KERACUNAN IVERMECTIN

KUALA LUMPUR: Pusat Racun Negara hari ini memaklumkan telah mula menerima kes keracunan akibat pengambilan Ivermectin kebelakangan ini.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Pusat Racun negara memaklumkan dua kes telah diterima melibatkan seorang mangsa yang mengalami sesak nafas dan seorang lagi tidak sedarkan diri.

“Kes pertama melibatkan pengguna berumur 35 tahun yang mengambil satu biji Ivermectin. Akibatnya, pengguna tersebut telah mengalami gejala sesak nafas yang berpanjangan sehingga lima hari selepas pengambilan.

“Kes kedua pula, seorang warga emas dijumpai tidak sedarkan diri selepas dikatakan mengambil 15 biji Ivermectin sekaligus,” kata kenyataan tersebut.

Ujar kenyataan itu, Ivermectin belum lagi diluluskan penggunaannya sebagai rawatan atau pencegahan jangkitan Covid-19 di Malaysia namun didapati ada aktiviti penjualan ubat berkenaan secara tidak sah yang sedang belaku.

“Pengambilan Ivermectin tanpa kajian mendalam dan dos yang tidak betul boleh mengakibatkan keracunan.

“Ivermectin boleh menyebabkan kesan mudarat seperti muntah, cirit, sakit perut, dan pening. Kesan yang teruk pula adalah tekanan darah rendah, sesak nafas, kerosakan paru-paru, dan kematian. Malangnya, tiada antidot atau rawatan spesifik untuk kes keracunan ini,” jelas Pusat Racun Negara.

Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan Ivermectin untuk rawatan kendiri. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading