Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang mengambil kesempatan atas keputusan kerajaan menamatkan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa secara rasmi hari ini.
ALOR SETAR: Orang ramai dinasihatkan supaya segera membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) jika mendapati harga ayam dan makanan berasaskan ayam didapati tidak munasabah hingga membebankan pengguna.
Pengarah KPDN Kedah Affendi Rajini Kanth berkata tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang mengambil kesempatan atas keputusan kerajaan menamatkan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa secara rasmi hari ini.
“Saya juga menerima maklumat kononnya kenaikan harga ayam akan menyebabkan kenaikan harga makanan…tak wajar naikkan harga makanan dengan alasan harga ayam naik.
“Jika pengguna mendapati ada kenaikan harga (termasuk makanan) yang tak munasabah dan tak masuk akal, sila salurkan aduan…jadilah mata serta telinga KPDN Kedah untuk beri laporan dan kita akan ambil tindakan tegas,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pasar Besar Alor Setar di sini hari ini.
Dalam pada itu, katanya tinjauan KPDN di pasar besar di sini mendapati harga ayam masih berada pada kadar biasa iaitu sekitar RM7.70 hingga RM9.40 sekilogram.
Sementara itu, peniaga ayam, Mohd Lutfi Abdul Ghani, 63, berkata beliau mungkin terpaksa menaikan sedikit harga jualannya jika berlaku peningkatan harga di peringkat orang tengah dan ladang.
“Pakcik ambil bekalan daripada orang tengah bukan ambil terus daripada pembekal, walapun mahal sikit tapi pelanggan pakcik tetap beli. Bagi pakcik, untung sikit pun tak apa asalkan mereka datang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mohd Zakir Zahir, 27, pula berkata keputusan kerajaan menamatkan subsidi tersebut tidak memberi kesan kepada perniagaannya kerana tiada kenaikan di peringkat ladang buat masa ini.
“Bila peladang kata naik, kami naik kalau turun kami turun dan kalau naik pun tak banyak dalam 30 sen atau 20sen. Naik atau turun harga memang tak tentu, setakat ini paling mahal kami pernah jual harga RM9.20 sekilogram dan hari ini RM7.70 sekilogram, harga ini memang murah,” katanya.
Pengguna, Hadri Munir Yusof, 37, berkata dalam situasi sekarang, pengguna perlu bijak memilih kedai yang menawarkan harga murah dan pihak berkuasa pula melebihkan pemantauan bagi memastikan peniaga tidak meletakkan harga keterlaluan.
“Walaupun kerajaan sudah bagi hak kepada peniaga (tiada kawalan harga), dalam waktu ini pengguna perlu tinjau dulu harga semasa di pasaran sebelum membeli,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager