TIADA AIR DAN KIT KEBERSIHAN HAID, WANITA GAZA TERPAKSA GUNA PIL PENANGGUHAN HAID
Ruba Seif, 35, yang tinggal di kem perlindungan bersama keluarga berkata, walaupun tahu akan kesan sampingannya, tetapi tiada apa yang lebih bahaya daripada peluru berpandu, kemusnahan dan kematian di sekellingnya.
Wanita Gaza membasuh pakaian menggunakan air laut kerana tiada akses air bersih. -foto AFP
GAZA: Ketiadaan akses kepada air bersih dan kit kebersihan haid seperti tuala wanita dan tampon, memaksa wanita Gaza mengambil pil penangguhan haid yang mungkin memberi kesan sampingan negatif kepada mereka.
Memetik laporan Al Jazeera, tuala wanita diperlukan ramai dan sukar didapati, justeru pil penangguhan haid lebih banyak tersedia di sesetengah farmasi kerana ia tidak biasa digunakan.
Ruba Seif, 35, yang tinggal di kem perlindungan bersama keluarga berkata, walaupun tahu akan kesan sampingannya, tetapi tiada apa yang lebih bahaya daripada peluru berpandu, kemusnahan dan kematian di sekellingnya.
“Tiada privasi, bilik mandi tidak mempunyai air, dan kami tidak boleh keluar dengan mudah untuk mencari apa yang kami perlukan.
“Saya tidak dapat menahan kesakitan senggugut dan ketakutan yang berterusan yang kami alami, kurang tidur, dan kesejukan kerana tidak ada selimut yang mencukupi,” ujar Ruba yang meminta abangnya mencari pil penangguhan haid di beberapa farmasi.
Sementara itu, Samira al-Saadi yang berpindah bersama keluarganya di sebuah sekolah di barat Khan Younis berharap dia dapat membantu anak perempuannya berusia 15 tahun yang mendapat haid pertamanya beberapa bulan lalu.
Katanya, dia bimbang untuk memberi pil penangguhan haid untuk anak perempuannya kerana khuatir ia akan menjejaskan kesihatan anaknya.
“Dia (anak perempuan) tidak faham mengapa dia perlu melalui semua ini dan menguruskan haidnya di tempat perlindungan yang sesak.
“Dia memerlukan tuala wanita dan air untuk mencuci, tetapi keperluan asas ini tidak tersedia. Saya cuba membantunya, tetapi apa yang dia perlukan tidak ada,” kata wanita berusia 55 tahun itu.
Menurut Dr Walid Abu Hatab, Perunding Perubatan Obstetrik dan Ginekologi di Kompleks Perubatan Nasser di bandar selatan Khan Younis, pil itu mempunyai kesan sampingan seperti pendarahan yang tidak teratur, loya, perubahan pada kitaran haid, pening dan perubahan mood.
Farmasi dan kedai menghadapi kekurangan bekalan akibat kemasukan bantuan yang dihadkan oleh Israel di sempadan Rafah. Selain itu, pengeboman Israel ke atas jalan-jalan utama di Semenanjung Gaza telah menyebabkan pengangkutan produk dari perubatan gudang ke farmasi adalah satu tugas yang sukar. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked