Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAPORAN MALAYSIA DISENARAIKAN SEBAGAI PENAJA NEGARA KEGANASAN ADALAH PALSU – REUTERS

DALAM NEGARA

LAPORAN MALAYSIA DISENARAIKAN SEBAGAI PENAJA NEGARA KEGANASAN ADALAH PALSU – REUTERS

Reuters tidak melaporkan perkara itu, tegasnya mengulas mengenai artikel berita yang disebar luas terutama menerusi WhatsApp.

KUALA LUMPUR: Laporan berita dikaitkan dengan Reuters yang mengatakan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu.

“Mana-mana dakwaan yang mengatakan Reuters melaporkan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu,” jelas agensi berita itu menerusi hantaran di platform X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter).

Reuters tidak melaporkan perkara itu, tegasnya mengulas mengenai artikel berita yang disebar luas terutama menerusi WhatsApp, penyedia perkhidmatan pesanan segera. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading