AFRIKA SELATAN MINTA ICJ HENTIKAN SERANGAN ISRAEL KE ATAS RAFAH
Dalam permintaan mendesak yang dikemukakan kepada mahkamah itu, Afrika Selatan meminta supaya Israel “segera menarik balik dan menghentikan serangan ketenteraannya” di Rafah.
THE HAGUE: Afrika Selatan pada Jumaat meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menghentikan serangan ketenteraan Israel di bandar Rafah di selatan Gaza, lapor Xinhua.
Dalam permintaan mendesak yang dikemukakan kepada mahkamah itu, Afrika Selatan meminta supaya Israel “segera menarik balik dan menghentikan serangan ketenteraannya” di Rafah.
Israel juga diminta “segera mengambil langkah berkesan untuk memastikan dan memudahkan akses tanpa halangan ke Gaza bagi pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pegawai lain yang terlibat dalam penyediaan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza,”kata Afrika Selatan.
Dalam permintaannya, Afrika Selatan menyatakan bahawa langkah-langkah sementara yang ditetapkan oleh mahkamah “tidak mampu sepenuhnya menangani keadaan yang berubah dan fakta baharu…”
Serangan tentera Israel ke atas Rafah menimbulkan “risiko besar” terhadap “bekalan kemanusiaan dan perkhidmatan asas ke Gaza, kelangsungan sistem perubatan Palestin, dan kelangsungan hidup rakyat Palestin di Gaza sebagai satu kumpulan.”
Ia juga “menimbulkan fakta baharu yang menyebabkan kerosakan tidak dapat dipulihkan kepada hak rakyat Palestin di Gaza.”
“Berdasarkan bukti yang sangat jelas, cara Israel melaksanakan operasi ketenteraannya di Rafah dan kawasan lain di Gaza adalah bersifat genosid. Ia mesti diperintahkan untuk berhenti,” katanya.
Afrika Selatan meminta mahkamah mengambil langkah tambahan untuk “melindungi rakyat Palestin di Gaza daripada pelanggaran hak mereka yang serius dan tidak boleh diperbaiki.”
“Keadaan yang sangat serius dihadapi lelaki, wanita dan kanak-kanak Palestin di Rafah, serta risiko kewujudan rakyat Palestin di Gaza sebagai sebahagian daripada kumpulan nasional, perkauman dan etnik Palestin, memerlukan tindakan lanjut oleh mahkamah,” katanya.
Ini adalah yang terbaru dalam siri permintaan yang dikemukakan oleh Afrika Selatan kepada ICJ berkaitan konflik Israel-Palestin.
Pada 29 Disember 2023, Afrika Selatan mengemukakan permohonan kepada ICJ untuk memulakan prosiding terhadap Israel berkaitan pelanggaran obligasi di bawah Konvensyen Genosid 1948 yang melibatkan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
ICJ, pada 26 Januari, mengarahkan Israel mengambil semua langkah yang boleh untuk mencegah tindakan genosid ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
Afrika Selatan meminta ICJ pada 6 Mac supaya mengeluarkan lebih banyak perintah bagi mendesak Israel untuk menghentikan “kebuluran berleluasa” di Semenanjung Gaza. Pada 28 Mac, ICJ mengarahkan Israel melakukan apa sahaja yang perlu untuk memastikan bantuan asas sampai kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.