Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LEBIH 2 JUTA ORANG ‘TERPERANGKAP’ DI GAZA

DUNIA

LEBIH 2 JUTA ORANG ‘TERPERANGKAP’ DI GAZA

Memetik Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), Dujarric berkata bekalan bantuan kemanusiaan kini hampir kehabisan sejak Israel mengenakan sekatan penuh terhadap kemasukan kargo ke Gaza pada 2 Mac lalu.

WASHINGTON: Lebih dua juta penduduk kini masih terperangkap di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Stephane Dujarric pada Khamis.

“Lebih dua juta orang masih terkurung di dalam Gaza. Permusuhan yang berterusan dan bekalan bantuan yang semakin berkurangan telah meningkatkan tekanan emosi terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, dengan keperluan kesihatan mental yang semakin mendesak saban hari,” kata Dujarric kepada wartawan.

Memetik Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), Dujarric berkata bekalan bantuan kemanusiaan kini hampir kehabisan sejak Israel mengenakan sekatan penuh terhadap kemasukan kargo ke Gaza pada 2 Mac lalu.

Beliau turut berkata bahawa bekalan air telah terjejas teruk akibat konflik, dengan hampir 90 peratus infrastruktur air dilaporkan rosak atau tidak berfungsi.

“Kami ingin menegaskan semula bahawa Israel, sebagai kuasa pendudukan, mempunyai tanggungjawab yang jelas di bawah undang-undang antarabangsa termasuk memastikan makanan, bekalan perubatan dan perkhidmatan kesihatan awam disediakan serta memudahkan bantuan kemanusiaan sekiranya keperluan-keperluan ini tidak dapat dipenuhi dengan cara lain,” tegas Dujarric.

Mengulas mengenai keadaan di Tebing Barat, beliau berkata ribuan penduduk dipaksa berpindah dan tidak dapat kembali ke kediaman masing-masing berikutan operasi berterusan oleh tentera Israel di bahagian utara wilayah itu. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading