Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LEBIH 300 WARGA ASING DITAHAN DI PUTRAJAYA

DALAM NEGARA

LEBIH 300 WARGA ASING DITAHAN DI PUTRAJAYA

325 individu ditahan membabitkan 270 lelaki dan 55 perempuan berusia antara 18 hingga 56 tahun ditahan dalam operasi penguatkuasaan JIM di Putrajaya.

PUTRAJAYA: Seramai 325 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi penguatkuasaan di sebuah kawasan pangsapuri sekitar Putrajaya, awal pagi tadi.

Operasi itu dijalankan susulan aduan serta maklumat daripada orang awam berkenaan kehadiran warga asing di kawasan berkenaan.

Menurut JIM, seramai 740 warga asing diperiksa dalam operasi yang disertai 127 pegawai JIM Putrajaya bersama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Daripada jumlah itu, 325 individu ditahan membabitkan 270 lelaki dan 55 perempuan berusia antara 18 hingga 56 tahun, terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan, India, Nepal dan Thailand.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah, tinggal lebih masa, melanggar syarat pas serta kesalahan lain di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan peraturan-peraturan berkaitan,

“Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Lenggeng bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

JIM memaklumkan operasi penguatkuasaan akan terus diperkukuh di seluruh negara bagi membanteras pendatang asing serta penyalahgunaan pas dan kemudahan imigresen

Pada masa sama, JIM mengingatkan majikan dan pemilik premis supaya memastikan setiap warga asing yang digaji atau ditempatkan mempunyai dokumen serta pas yang sah dan mematuhi syarat ditetapkan.

Orang ramai juga digalakkan menyalurkan maklumat lengkap melalui saluran rasmi JIM sekiranya mengesyaki keberadaan PATI atau berlaku pelanggaran undang-undang imigresen. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading