Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI CABUL KANAK-KANAK MILIKI KAD OKU – JKM

DALAM NEGARA

LELAKI CABUL KANAK-KANAK MILIKI KAD OKU – JKM

Lelaki yang direman berhubung kes cubaan mencabul kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, di Hulu Selangor semalam, didapati memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran.

HULU SELANGOR: Lelaki yang direman berhubung kes cubaan mencabul kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, di sini semalam, didapati memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran.

ARTIKEL BERAKITAN – LELAKI CUBA CABUL KANAK-KANAK PEREMPUAN DI MASJID DIREMAN TUJUH HARI

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor Azmir Kassim memaklumkan hasil pemeriksaan dan semakan dijalankan mendapati individu itu mempunyai kad OKU sejak kecil.

“Hasil pemeriksaan kita dapati dia (suspek) mempunyai kad OKU Learning Disability (masalah pembelajaran) sejak kecil lagi,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Sementara itu Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan pihaknya masih menunggu pengesahan daripada JKM berhubung dakwaan lelaki tersebut memiliki kad OKU.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki yang berusia 19 tahun itu tidak mengenali mangsa yang merupakan kanak-kanak perempuan.

Pagi tadi, lelaki tersebut telah ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: LELAKI CUBA CABUL KANAK-KANAK PEREMPUAN DI MASJID DIREMAN TUJUH HARI – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading