HULU SELANGOR: Seorang lelaki disyaki melakukan cubaan mencabul kanak-kanak perempuan, di sebuah masjid di kawasan Batang Kali, di sini, semalam, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Tempoh reman tujuh hari terhadap suspek berusia 19 tahun itu bermula hari ini (Sabtu 22 Feb) sehingga Jumaat 28 Feb mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri, di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu.
Terdahulu, suspek tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 10.45 pagi dengan memakai baju lokap serta diiringi polis.
Semalam Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Ahmad Faizal Tahrim memaklumkan pihaknya telah menahan lelaki terlibat kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali.–AlHijrah Online
MENYUSUL LANJUT
Pingback: LELAKI CABUL KANAK-KANAK MILIKI KAD OKU – JKM – ALHIJRAH ONLINE