GULA-GULA ‘GUMMY’ DILARANG DIJUAL DI SEMUA PLATFORM DALAM TALIAN, PASARAN DOMESTIK – KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan penjualan produk gula-gula kenyal atau gummy berbentuk mata dilarang di semua platform dalam talian dan pasaran domestik.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan penjualan produk gula-gula kenyal atau gummy berbentuk mata dilarang di semua platform dalam talian dan pasaran domestik.
KKM dalam kenyataan memaklumkan siasatan mendapati produk berkenaan menyalahi keperluan pelabelan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) 1985, Akta Makanan 1983 [Akta 281].
“Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan tersebut,” menurut kenyataan itu.
Menurut KKM, saiz atau bentuk sesuatu makanan tidak dikawal di bawah PPM 1985 Aktar 281 kecuali bagi ‘konfeksi jeli terkawal’ dengan saiz dan bentuk berdiameter kurang atau sama dengan 45 milimeter perlu dilabel dengan “AMARAN: BOLEH MENYEBABKAN RISIKO TERCEKIK” dan perkataan “TIDAK SESUAI BAGI KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 3 TAHUN”.
Terdahulu, media melaporkan Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, meninggal dunia kira-kira 11 malam tadi di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal pada Selasa lepas.
Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Butterworth itu dipercayai membeli dua biji gula-gula terbabit sebelum sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada 2.30 petang.
Sementara itu, KKM meminta orang ramai khususnya ibu bapa supaya memantau dan menasihati anak-anak supaya berhati-hati dalam pemilihan makanan terutama mempunyai risiko tercekik, yang signifikan dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.
“Risiko ini meningkat apabila makanan tidak dikunyah dengan sempurna atau ditelan secara keseluruhan. Insiden tercekik lebih kerap berlaku dengan makanan yang keras, kenyal, kecil dan berbentuk bulat yang mudah tersekat di saluran pernafasan,” menurut kenyataan itu.
KKM memaklumkan sebarang pengambilan apa-apa makanan oleh kanak-kanak perlu berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga.
“KKM akan terus menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan serta mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” menurutnya kenyataan itu.
KKM turut menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga kanak-kanak malang itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.