Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SIDANG KEMUNCAK PEMIMPIN ARAB BERMULA DI RIYADH, FOKUS PADA PEMULIHAN GAZA

DUNIA

SIDANG KEMUNCAK PEMIMPIN ARAB BERMULA DI RIYADH, FOKUS PADA PEMULIHAN GAZA

Pertemuan ini berlangsung pada saat kritikal bagi rantau ini susulan laporan mengenai rancangan Presiden AS Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mengambil alih wilayah itu.   

Putera Mahkota Saudi Mohammed Bin Salman berdiri bersama Raja Jordan Raja Abdullah, Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi, Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Presiden UAE Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan, Amir Kuwait Sheikh Meshal al-Ahmad Al Sabah dan Putera Mahkota Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa. – foto Agensi Berita Saudi

RIYADH: Para pemimpin Arab berhimpun di Riyadh pada Jumaat bagi membincangkan usaha bersama dalam menyokong perjuangan Palestin dan perkembangan terkini di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi memetik Agensi Berita Saudi (SPA).  

Para pemimpin menyatakan sokongan terhadap Sidang Kemuncak Tergempar Liga Arab yang dijadualkan berlangsung pada 4 Mac di Kaherah.  

Mesyuarat itu diadakan atas jemputan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman, dan dihadiri oleh Raja Jordan Raja Abdullah II, Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, Presiden Emiriah Arab Bersatu Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan, Amir Kuwait Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dan Putera Mahkota Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa.

Pertemuan ini berlangsung pada saat kritikal bagi rantau ini susulan laporan mengenai rancangan Presiden AS Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mengambil alih wilayah itu.   

Cadangan itu mendapat kecaman hebat dari dunia Arab dan banyak negara lain, yang menganggapnya sebagai tindakan pembersihan etnik.  

Para pemimpin bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa, dengan tumpuan utama diberikan kepada perjuangan Palestin dan keadaan di Gaza.  

Pada 18 Feb, Kementerian Luar Mesir mengumumkan bahawa Sidang Kemuncak Tergempar Liga Arab yang pada asalnya dijadualkan pada 27 Feb telah ditunda ke 4 Mac atas sebab logistik dan persiapan.  

Pada 16 Februari, al-Sisi mengesahkan bahawa negaranya sedang merangka pelan komprehensif untuk membangunkan semula Gaza tanpa memindahkan penduduknya.  

Gaza kini berada dalam keadaan porak-peranda selepas perang selama berbulan-bulan.

Gencatan senjata berkuat kuasa bulan lalu, menghentikan serangan Israel  yang telah meragut lebih 48,300 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading