Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI CIUM BIBIR KANAK-KANAK DITAHAN

DALAM NEGARA

LELAKI CIUM BIBIR KANAK-KANAK DITAHAN

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang juga pengasas produk kecantikan bagi membantu siasatan berhubung satu video yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak lelaki.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, berkata penahanan berjaya dilakukan petang semalam dan lelaki tersebut masih ditahan untuk siasatan lanjut.

“Suspek berusia 30-an itu akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 berkaitan kesalahan amang seksual fizikal,” katanya kepada Sinar Harian.

Siasatan terhadap lelaki itu dibuat selepas polis menerima laporan daripada orang awam berhubung video lelaki itu mencium bibir kanak-kanak yang didakwa sebagai adik angkatnya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading