Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DIREMAN CABUL KANAK-KANAK

DALAM NEGARA

LELAKI DIREMAN CABUL KANAK-KANAK

Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes mencabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang merupakan anak kenalannya, dalam kejadian di Kuala Terengganu, pada Ahad lalu.

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes mencabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang merupakan anak kenalannya, dalam kejadian di Kuala Terengganu, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan pada Isnin jam 6.30 petang, di sekitar Manir.

Katanya suspek dipercayai berada di rumah mangsa bertindak mencabul kanak-kanak itu yang sedang tidur.

Mangsa telah menceritakan perbuatan suspek kepada kakaknya sebelum keluarga mangsa bertindak membuat laporan polis dan suspek diberkas bagi tindakan lanjut.

“Suspek yang positif dadah direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading