KEMBARA KENALI BORNEO GAMBARAN TERBAIK PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA – JENIRI
Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dari Sabah dan Sarawak yang bermula 3 hingga 13 September adalah teladan terbaik dalam menggambarkan semangat perpaduan rakyat Malaysia.
KUCHING: Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dari Sabah dan Sarawak yang bermula 3 hingga 13 September adalah teladan terbaik dalam menggambarkan semangat perpaduan rakyat Malaysia.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara Datuk Dr Jeniri Amir berkata memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan agama memerlukan kerjasama dari semua pihak dari peringkat akar umbi, supaya terus utuh dan mantap.
“Kita tengok bagaimana Yang di-Pertuan Agong dalam Kembara (Kenali) Borneo. Baginda telah diterima dengan begitu baik. Kita dapat lihat pelbagai ragam masyarakat berbilang kaum di Sabah dan Sarawak menerima kehadiran baginda dengan hati yang terbuka, malah baginda sendiri telah memperlihatkan sikap yang begitu mesra serta tidak kekok.
“Ini merupakan salah satu teladan, maksudnya pemimpin tertinggi Yang di-Pertuan Agong serta pemimpin politik di peringat persekutuan bergerak ke akar umbi untuk mendampingi rakyat,” katanya dalam satu sesi temu bual khas bersama Bernama dan RTM di sini, baru-baru ini.
Jeniri berkata sebarang sikap ataupun unsur etnosentrisme yang ekstrem, baik dari segi politik, agama atau budaya yang boleh menjadi pemusnah kepada perpaduan dan integrasi nasional antara rakyat berbilang kaum perlu dikikis.
“Tolak ansur itu penting, kita tidak harus hanya melihat dari satu sudut pandangan semata-mata dengan memegang konsep etnosentrisme yang mengganggap bahawa hanya budaya kita atau agama kita sahaja yang betul.
“Orang Sabah dan Sarawak harus mengiktiraf atau menghargai orang di Semenanjung. Begitu juga orang Semenanjung, tidak harus memandang rendah terhadap rakyat di Sabah dan Sarawak.
“Pemimpin di peringkat akar umbi, semua rakyat tanpa mengira kaum perlu saling memahami bertolak ansur, menghargai, dan jangan kita cuba mencetuskan kemarahan atau prasangka dalam kalangan rakyat di negara ini,” katanya.
Tambahnya, bersatu di bawah satu bumbung persekutuan membolehkan Malaysia lebih progresif seperti yang diimpikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.
— AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked