AHLI PARLIMEN MINTA PERCEPAT PENGASINGAN KUASA PEGUAM NEGARA, PENDAKWA RAYA
erajaan diminta mempercepatkan usaha pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap ketelusan tindakan perundangan di negara ini.
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mempercepatkan usaha pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap ketelusan tindakan perundangan di negara ini.
Lim Guan Eng (PH-Bagan) berkata usaha itu juga selaras dengan semangat reformasi yang diperjuangkan oleh Kerajaan Perpaduan.
“Saya berharap pihak kerajaan boleh memberikan tempoh masa setahun untuk menyempurnakan langkah pemisahan kuasa antara Pendakwa Raya dan Peguam Negara.
“Hanya dengan langkah ini saya percaya kita dapat meyakinkan rakyat bahawa semangat reformasi yang ada dalam Kerajaan Perpaduan ini masih membara dan bukan seperti yang dilaungkan oleh pihak tertentu,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.
Pengerusi DAP itu turut meminta Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh memberikan penjelasan berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Lim berkata kerajaan harus mengakui bahawa terdapat banyak pihak yang kurang berpuas hati dengan keputusan itu termasuk Majlis Peguam Malaysia.
“Saya rasa kalau dengan penjelasan yang lebih menyeluruh dan telus, ia akan dapat meyakinkan rakyat tentang apa yang diputuskan pihak peguam negara,” katanya.
Menyokong hasrat untuk memperkasakan institusi perundangan negara Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) mencadangkan supaya proses Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi wajar diadakan secara pendengaran awam (live telecast) kerana ia telah menjadi isu yang mendapat perhatian umum.
“Saya tak nak pertahan siapa-siapa di sini, kalau salah (tetap) salah, sebab itu saya minta pendengaran itu bukan dihadiri oleh Ahli Parlimen sahaja, sewajarnya ia dibuat melalui pendengaran terbuka supaya semua pihak boleh mendengar penjelasan peguam negara,” katanya.
Beberapa Ahli Parlimen lain turut menyentuh perkara itu pada sesi perbahasan sebelah pagi, antaranya Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh), Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang).
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi William Leong Jee Keen berkata jawatankuasa itu akan memanggil Ahmad Terrirudin untuk memberikan penjelasan berhubung keputusan DNAA Ahmad Zahid.
Katanya bekas Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun juga akan dipanggil untuk memberi penjelasan dan satu laporan akan dibentangkan selepas prosiding itu dilaksanakan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked