Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS BURU SUSPEK RUSUHAN DI BELAKANG PEJABAT DAERAH KANOWIT

DALAM NEGARA

POLIS BURU SUSPEK RUSUHAN DI BELAKANG PEJABAT DAERAH KANOWIT

Polis sedang memburu beberapa suspek dalam insiden rusuhan di belakang Pejabat Daerah Kanowit tengah hari semalam yang menyebabkan dua lelaki cedera dan kenderaan milik mereka dirosakkan.

SIBU: Polis sedang memburu beberapa suspek dalam insiden rusuhan di belakang Pejabat Daerah Kanowit tengah hari semalam yang menyebabkan dua lelaki cedera dan kenderaan milik mereka dirosakkan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri yang mengesahkan telah menerima laporan berhubung insiden itu semalam berkata rakaman kejadian sekitar pukul 1.30 tengah hari di tempat letak kereta pejabat daerah itu telah tular di media sosial.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau seterusnya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu supaya memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat mengenainya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kanowit ASP Mohd Faizal Nawi dengan menelefon 016-8657432 atau IPD Kanowit 084-752222. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading