PERSINGGAHAN DI KM 0, TELOK MELANO LENGKAPKAN KEMBARA AGONG, PERMAISURI
Kilometer 0 atau disebut sebagai Kilometer Kosong Lebuhraya Pan Borneo di Telok Melano menjadi persinggahan terakhir Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bagi menamatkan Kembara Kenali Borneo yang berlangsung selama 11 hari.
KUCHING: Kilometer 0 atau disebut sebagai Kilometer Kosong Lebuhraya Pan Borneo di Telok Melano menjadi persinggahan terakhir Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bagi menamatkan Kembara Kenali Borneo yang berlangsung selama 11 hari.
Terletak kira-kira 33 kilometer (km) dari pekan Sematan, jajaran Telok Melano-Sematan merupakan bahagian Lebuhraya Pan Borneo yang pertama disiapkan dan mula dibuka kepada orang ramai sejak Januari 2019.
Jajaran yang terletak di bahagian barat daya Borneo, bersempadanan dengan wilayah Kalimantan Barat, Indonesia merupakan titik permulaan Lebuhraya Pan Borneo merentasi bahagian timur Tempat Lindungan Samunsan serta Taman Negara Tanjung Datu dan Gunung Gading yang menjadi tarikan utama pelancong.
Lokasi itu ialah satu daripada legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem untuk rakyat Tanjong Datu semasa beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima pada 2014 hingga 2017 sebelum meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
Rancangan asal adalah untuk membina lebuh raya dari Sematan ke Miri sahaja, tetapi atas permintaan Allahyarham pada ketika itu, Perdana Menteri keenam Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan pakej laluan Telok Melano membabitkan kos tambahan RM580 juta.
Pembukaan jajaran Telok Melano-Sematan ini secara tidak langsung telah mengubah kehidupan penduduk kampung di kawasan itu yang dahulunya perlu menaiki perahu menempuh ombak Laut China Selatan jika mahu keluar khususnya ke pekan terdekat iaitu Sematan.
Kini, dari pekan Sematan ke Telok Melano melalui jalan darat mengambil masa kira-kira 27 minit untuk sampai ke Kilometer 0 Telok Melano.
Tarikan utama di kawasan itu ialah pantainya yang berdekatan dengan dua kampung iaitu Kampung Telok Melano dan Kampung Telok Serabang.
Setiap kali menjelang hujung minggu atau cuti umum, kawasan pantai Telok Melano akan menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk beriadah, sekali gus membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.
Jalan raya berkenaan menambah rezeki penduduk dengan pelbagai peluang ekonomi antaranya perusahaan inap desa serta perniagaan kecil-kecilan di tepi pantai.
Dahulu, rata-rata penduduk di kawasan itu hanyalah nelayan dan petani yang bergantung dengan hasil laut dan hasil tani yang diusahakan sendiri secara kecil-kecilan sebagai punca rezeki utama, namun kini semakin luas dengan adanya peluang untuk mengusahakan aktiviti-aktiviti pelancongan.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bersama rombongan baginda berdua tiba di bandar raya Kuching pada Selasa dan bersemayam di ibu negeri Sarawak itu sebelum memulakan perjalanan sejauh 137 km untuk sampai ke Kilometer 0.
Baginda berdua memulakan kembara itu di Tawau, Sabah pada 3 Sept dan mengharungi perjalanan sejauh 2,154 km yang melibatkan persinggahan di beberapa tempat di Negeri di Bawah Bayu itu, serta Brunei dan Sarawak, sebelum berangkat tiba di Telok Melano hari ini.
Al-Sultan Abdullah akan menyempurnakan majlis pecah tanah Masjid Telok Melano selain melawat beberapa kawasan tarikan di situ sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur petang ini.
— AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked