Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DISYAKI DERA ISTERI HINGGA MATI DIDAKWA HARI INI

DALAM NEGARA

LELAKI DISYAKI DERA ISTERI HINGGA MATI DIDAKWA HARI INI

Seorang lelaki dipercayai mendera isterinya hingga maut di Jalan Bagan Sungai Janggut, Jeram, pada 2 Sept lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Selangor, hari ini.

Gambar fail.

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki dipercayai mendera isterinya hingga maut di Jalan Bagan Sungai Janggut, Jeram, pada 2 Sept lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata, suspek berusia 35 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebelum itu, polis menerima maklumat daripada penolong pegawai perubatan berhubung seorang wanita berusia 38 tahun tidak sedarkan diri dipercayai meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati ada kesan kecederaan pada mayat mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya suspek telah ditahan keesokan hari selepas kejadian selepas menyerah diri kira-kira jam 5 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada keesokannya.

Suspek juga telah direman selama tujuh hari bermula 4 Sept bagi membantu siasatan, katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading