POLIS BUKA KERTAS SIASATAN BERKAITAN VIDEO PENGANJURAN ‘PERHIMPUNAN SELAMATKAN MALAYSIA’
Polis membuka satu kertas siasatan berhubung video berkaitan penganjuran ‘Perhimpunan Selamatkan Malaysia’ yang akan diadakan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, Sabtu ini.
KUALA LUMPUR: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung video berkaitan penganjuran ‘Perhimpunan Selamatkan Malaysia’ yang akan diadakan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, Sabtu ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata ini susulan pihaknya menerima laporan mengenai satu paparan klip video menerusi laman sosial oleh seorang individu yang menyeru orang ramai menyertai himpunan tersebut.
“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, setakat ini lima laporan diterima pihaknya berhubung paparan klip video terbabit dengan dua individu telah direkodkan keterangan manakala empat lagi akan dipanggil bagi dirakam keterangan dalam masa terdekat.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan apa-apa perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang. Tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat,” katanya.
Sebelum ini, satu video berdurasi 55 saat memaparkan seorang lelaki mengajak orang ramai untuk menyertai perhimpunan terbabit sempena Hari Malaysia dan mengenakan baju berwarna putih sebagai tanda sokongan.
Dalam kes berasingan, polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan susulan tindakan 20 individu yang cuba berarak ke bangunan Parlimen bagi menyerahkan memorandum pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kumpulan tersebut ingkar arahan polis apabila diarahkan untuk tidak berarak ke Parlimen kerana penyerahan memorandum itu telah diselaraskan oleh pihak Parlimen untuk diadakan di Tugu Negara di sini.
“Individu yang terlibat telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests