LELAKI GUNTING JALUR GEMILANG DIPENJARA SETAHUN

KUALA LUMPUR: Suspek kes menggunting Jalur Gemilang di Jalan Ampang di sini dijatuhkan hukuman penjara satu tahun, hari ini.

Hukuman diberikan selepas tertuduh berusia 41 tahun itu mengaku bersalah atas tindakannya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya suspek telah dituduh di Mahkamah Sesyen di sini selepas ditahan polis semalam.

Suspek merupakan warganegara tempatan dan bukan pemegang kad orang kurang upaya (OKU).

Laporan penuh dalam Berita AlHijrah 19 Ogos 2022.–AlHijrah Online

Leave a Reply