Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KONSERT ARTIS LUAR NEGARA: NABIL ANGGAP ALLAH HINDARKAN KELUARGA DARIPADA PERKARA LAGHA

DALAM NEGARA

KONSERT ARTIS LUAR NEGARA: NABIL ANGGAP ALLAH HINDARKAN KELUARGA DARIPADA PERKARA LAGHA

Pelawak Nabil Ahmad menganggap ketidakhadirannya ke satu konsert artis luar negara yang berlangsung semalam adalah peringatan Allah SWT bagi menghindarkan diri daripada perkara-perkara lagha atau melalaikan.

KUALA LUMPUR: Pelawak Nabil Ahmad menganggap ketidakhadirannya ke satu konsert artis luar negara yang berlangsung semalam adalah peringatan Allah SWT bagi menghindarkan diri daripada perkara-perkara lagha atau melalaikan.

Menurutnya, beliau mengalami kerugian kira-kira lebih RM2,500 selepas membeli tiket konsert yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, namun merasakan ada hikmah daripada perkara yang berlaku.

“Tidak dinafikan banyak komen yang saya terima menyatakan Allah lindungi sekeluarga dan itu juga peringatan untuk saya.

“Bila mereka kata begitu, saya pun rasa benda yang sama. Memang Allah nak mengelakkan kita daripada bersama dengan benda-benda macam itu,” katanya seperti dilapor MalaysiaKini.

Terdahulu tular video memaparkan Nabil terduduk selepas mengetahui bahawa dia sekeluarga terlepas untuk menyaksikan konsert artis luar negara yang berlangsung semalam.

Nabil menyangka bahawa konsert tersebut berlangsung selama dua hari iaitu Khamis dan Jumaat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading